Connect with us

Global

Pelakon Lafazkan Talak Tak Sampai Sebulan Berkahwin, Ragu Dengan Status Anak Kembali Rujuk Lepas Buat Ujian DNA

Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Rizki Syafaruddin atau lebih dikenali sebagai Rizki DA sebelum ini dipercayai mempertikai kehamilan isterinya, Nadya ,Mustika Rahayu kerana usia kandungannya pada ketika itu dikataka tidak selari dengan tarikh perkahwinan mereka.

Sumber laporan tempatan mengatakan bahawa Rizki dan Nadya telah mendirikan rumah tangga pada 17 Julai 2020 dan dua minggu kemudian iaitu pada 29 Julai 2020, mereka sudah tidak bersama. Namun pada 1 Ogos 2020, Rizki dan Nadya telah pergi ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kehamilan dan Nadya dikatakan pulang ke rumah orang tuanya selepas itu.Ujar Rizki, dia tidak pernah menghalau Nadya sebaliknya Nadya yang keluar dari rumah tersebut atas kerelaan dirinya sendiri.

Pada tanggal 12 Ogos 2020, Nadya memaklumkan dirinya berbadan dua sedangkan pada enam hari yang lalu, Nadya mengakui dirinya masih dalam tempoh haid. Berita kehamilan tersebut secara tidak langsung membuatkan Rizki menjadi semakin ragu.

Keluarga Nadya kemudiannya datang ke rumah keluarga angkat Rizki untuk membincangkan mengenai rumah tangga mereka. Selain daripada ragu dengan kehamilan isterinya, Rizki juga turut didesak oleh keluarga Nadya sama ada ingin meneruskan hubungan tersebut atau sebaliknya. Pada 22 Ogos 2020, Rizki telah menjatuhkan talak kepada Nadya.

Advertisement

Berikutan daripada isu itu, ada pihak yang mencadangkan supaya Rizki melakukan ujian DNA dan pada Jun lalu selepas bayi dilahirkan, Rizki dikatakan telah membuat ujian DNA. Meskipun begitu, keputusan ujian tersebut tidak didedahkan kepada umum. Menurut Rizki, biarlah perkara itu hanya diketahui oleh ahli keluarganya sahaja.

Namun sebulan selepas itu, ada berita mengatakan bahawa pasangan ini sudah kembali rujuk dan disebabkan tempoh iddah sudah habis, Rizki dan Nadya disatukan dalam satu majlis kecil-kecilan. Pasangan ini juga tidak menafikan bahawa pada awalnya hubungan rumah tangga mereka agak janggal. Oleh iu, Rizki meminta orang ramai supaya mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel