Connect with us

Terkini

Pelancong Ke Langkawi Dari Kuala Perlis Wajib Patuh SOP – ADUN

Pelancong yang ingin mengunjungi Pulau Langkawi menggunakan perkhidmatan feri di Terminal Feri Kuala Perlis diminta agar terus menitikberatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang telah ditetapkan kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis Nor Azam Karap berkata kebenaran yang diberikan kerajaan bukanlah tiket untuk orang ramai berasa bebas dan tidak perlu lagi mematuhi SOP.

“Bagi memastikan bahawa SOP terus dipatuhi saya telah maklumkan pengusaha parkir, pekerja kaunter tiket dan pengusaha gerai makan di Kuala Perlis (supaya) memastikan bahawa pengunjung mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya kepada Bernama pada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia di sini, hari ini.

Terdahulu Nor Azam menerima 250 bakul makanan bagi seluruh negeri Perlis yang meliputi tiga kawasan Parlimen iaitu Kangar, Padang Besar dan Arau, daripada Pengarah LHDN Negeri Kedah/Perlis Muhamad Mustafa Said.

Advertisement

Pada 9 Sept lepas, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri mengumumkan pelancong domestik yang memenuhi kriteria SOP dari seluruh negara, termasuk dari negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), boleh mengunjungi Pulau Langkawi mulai 16 Sept ini.

Pulau Langkawi sebagai projek perintis destinasi gelembung pelancongan domestik diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri pada 2 Sept lepas.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel