Connect with us

Jenayah

Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas Dadah Bernilai RM1.4 Juta Di Changlun

Published

on

Polis menahan dua lelaki dan merampas heroin base serta pil kuda bernilai RM1.4 juta dalam operasi di sekitar Changlun, dekat sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dalam serbuan pertama pada 11 pagi, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang memandu sebuah kereta di Kampung Changhai, Changlun.

“Pemeriksaan di bonet belakang kereta lelaki itu yang bekerja sebagai wireman menjumpai 40 ketulan mampat yang dibalut pita pelekat serta kertas minyak disyaki mengandungi dadah jenis heroin base dengan anggaran berat 15,023.75 gram.

“Turut dijumpai satu peket plastik warna ungu mengandungi 110 biji pil kuda warna merah dan empat biji pil kuda warna hijau anggaran berat lebih kurang 12 gram,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, susulan tangkapan itu, lebih kurang 2 petang pada hari sama, seorang lagi lelaki berusia 37 tahun ditahan di sebuah rumah di Kampung Padang, Mukim Temin di Changlun.

“Suspek kedua yang juga pemandu lori ditangkap kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah yang sama,” katanya.

Kamarul Zaman berkata heroin base berkenaan dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran negeri di selatan tanah air dan dianggar boleh digunakan oleh lebih 900,000 penagih.

Katanya, turut dirampas ialah sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Storm, seutas rantai, seutas gelang serta wang tunai RM5,030 dengan nilai keseluruhan rampasan barangan termasuk wang tunai berjumlah RM47,149.

Menurutnya, ujian saringan air kencing menunjukkan kedua-dua suspek positif methamphetamine, namun mereka tiada rekod jenayah lampau.

Beliau berkata kedua-dua suspek direman selama tujuh hari hingga 17 Sept dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, pada sidang media sama, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Rodzi Abu Hasan berkata seorang wanita Thailand ditahan di sebuah rumah di Kampung Janggus, Mukim Hosba kerana memiliki selaras senjata api buatan sendiri (senapang angin) bersama 36 butir peluru menggunakan biji guli.

“Wanita itu berusia 40-an dan senapang itu dipercayai milik teman lelakinya, namun lelaki itu tiada di rumah ketika serbuan dan pihak polis sedang giat mengesan suspek terbabit.

“Mereka dipercayai sudah lama masuk ke negara ini iaitu pada 2001 namun pasport sudah mati, mereka bekerja sebagai penoreh getah dan menyewa sebuah rumah,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen.

Sumber: BERNAMA

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Kumpulfund - Kita Bantu Kita KumpulFund membantu anda untuk mengumpulkan dana secara telus dan mudah untuk membantu keluarga-keluarga yang memerlukan, pelajar, gelandangan, haiwan, dan sebagainya. Mulakan kempen anda sekarang! Qries
Advertisement

Join our Telegram Channel

Trending