Isu Solat Jumaat: Imam Masjid Putrajaya Mohon Maaf Secara Terbuka

Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam berhubung reaksinya terhadap video mengenai solat Jumaat yang tular baru-baru ini.

Permohonan maaf secara terbuka itu dizahirkan beliau menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Masjid Putra Putrajaya sebentar tadi.

“Saya Ustaz Ikmal Zaidi Hashim, Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya dengan ingin memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam yang mengetahui kes ini secara jauh dan dekat di atas reaksi saya yang dilihat agak keterlaluan berhubung dengan video yang tular di media massa dan media sosial di seluruh negara pada hari Jumaat yang lalu.

“Dengan rendah hati saya ingin memohon maaf di atas segala keterlanjuran tersebut dan berazam serta berjanji akan memperbaiki keadaan, terutamanya mengenai pelaksanaan SOP khasnya di Masjid Putra, Putrajaya.

Advertisement

“Untuk itu saya mengajak semua khasnya jemaah Masjid Putra untuk kita teruskan aktiviti pengimarahan, sama ada solat Jumaat mahupun solat fardhu serta program-program yang kami anjurkan,” katanya dalam video tersebut.

Dalam pada itu, Ikmal turut membawakan sepotong petikan ayat Al-Quran dari Surah Hud, ayat ke-88 yang berhubung dengan permohonan maaf ini. Tafsiran potongan ayat tersebut membawa maksud,

“Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya-upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufiq untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepada-Nya lah aku kembali.”

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

58 mins ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

21 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago