Connect with us

Global

Kampung Menerima ‘Kunjungan’ Dari Monyet Apabila Tiba Musim Buah

‘Kunjungan’ daripada monyet liar sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk kampung terutamanya ketika musim buah.

Tular satu video di mana segerombolan monyet masuk ke perkampungan tempatan di Kalimantan, lapor Detik News.

Dapat dilihat kumpulan monyet itu melompat dan berlari dari satu rumahke rumah yang lain selain memanjatpagar serta bumbung rumah penduduk. Tindakan kumpulan monyet tu membuatkan penduduk seakan-akan ‘terkurung’ di dalam rumah mereka sendiri kerana risau akan keselamatan diri masing-masing.

Namun begitu, salah seorang penduduk kampung yang dikenali sebagai Dani mengatakan haiwan-haiwan tersebut tidak menyerang manusia. Walaupun begitu, mereka tetap berhati-hati ketika gerombolan itu datang sejak beberapa hari yang lalu.

“Alhamdulillah tak serang penduduk, termasuk kanak-kanak. Bagaimanapun, kedatangan gerombolan monyet ini membuatkan penduduk khuatir,” kata Dani.

Advertisement

Tambahan lagi dari seorang penduduk yang dikenali sebagai Robby, kumpulan monyet itu sering datang apabila tiba musim buah . Perkara ini menyebabkan para penduduk terpaksa menutup pintu dan tingkap bagi mengelakkan haiwan tersebut masuk ke dalam rumah.

“Kita tak berani lepaskan anak di halaman rumah, takut monyet turun dan cakar. Lagi pula ada antara monyet saiznnya besar macam kanak-kanak,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sahabatsurga (@sahabatsurga)

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel