Connect with us

Global

Korea Selatan Lancar Misil Balistik Pertama, Beberapa Jam Lepas Ujian Misil Korea Utara

Korea Selatan melancarkan sebuah peluru berpandu balistik hari ini, beberapa jam selepas pelancaran dua misil Korea Utara di Selatan Pyongan.

Menurut BBC, ujian di bawah pengawasan Presiden Moon Jae-in ini adalah sebagai amaran keras kepada Korea Utara. Penggunaan senjata nuklear dan program misil balistik negara itu sebenarnya telah disekat.

“Agak tak masuk akal bila kedua-dua negara Korea ini melakukan ujian misil balistik pada hari yang sama.

“Hal ini menguatkan fakta yang kedua negara ni sebenarnya sedang bersaing dan orang awam perlu sentiasa peka,” kata pensyarah Universiti Yonsei kepada AFP.

Advertisement

Peluru berpandu Korea Selatan dilancarkan di bawah permukaan laut oleh pesuruhjaya baharu kapal selam mereka, Ahn Chang-ho.

Terdahulu, Korea Utara melancarkan dua misil balistik jarak dekat di bahagian timur perairan mereka.

Peluru berpandu tersebut bergerak sejauh 800 kilometer, dengan altitud maksimum kira-kira 60 kilometer.

Menurut laporan AFP, ia merupakan pelancaran misil kedua oleh Korea Utara dalam jangka masa kurang dari seminggu selepas pengumuman rasmi ujian misil jarak jauh pertama mereka.

Sumber: BBC

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel