Connect with us

Politik

Najib Cadang Kerajaan Perkenal Skim i-Survive Kepada Orang Ramai

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bercadang supaya kerajaan memperkenalkan skim i-Survive yang membabitkan pemberian pinjaman automatik sehingga RM5,000 kepada orang ramai.

Menurut laporan Kosmo, Najib mengatakan bahawa ini adalah sebagai langkah untuk membantu rakyat dan sekaligus dapat menaikkan aliran tunai dalam ekonomi negara.

“Mengambil kira kerajaan dikatakan tidak ada banyak duit untuk bantu rakyat, saya cadangkan skim i-Survive iaitu skim pinjaman mudah dengan caj perkhidmatan sebenar paling rendah sebanyak RM3,000 hingga RM5,000 pada setiap pemohon.”

Katanya juga, golongan B40 dan M40 boleh mohon kepada bank dan ianya akan diluluskan secara automatik. Pinjaman itu akan dimasukkan ke akaun pemohon dalam masa dua ke tiga hari.

Advertisement

Caj perkhidmatan ini dicadang hanya tiga peratus bagi tempoh tiga tahun untuk dibayar balik. Najib juga mengatakan bahawa kerajaan akan membantu pembayaran balik pada setiap tahun dengan geran atau potongan daripada Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

“Bank jangan bimbang tidak cukup dana untuk skim i-Survive kerana jika 10 juta memohon baru RM50 bilion iaitu tidak sampai 10 peratus daripada jumlah pinjaman diberi oleh bank pada hari ini.”

Apapun, semoga wabak ini akan berakhir dan kita semua boleh hidup seperti sedia kala. Takbah lagi untuk mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan.

Sumber: Kosmo

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel