Connect with us

Terkini

Ulama Tertua Di Negeri Kedah Pak Teh Mad Meninggal Dunia

Innillahi Wa’inna Ilayhi Roji’un

Ulama tertua negeri kedah Pak Teh Mad telah kembali ke Rahmatullah 😭 Beberapa hari yang lepas kesihatan beliau merosot kekurangan oksigen dan demam. Pagi tadi sekitar 1 am menerima perkhabaran kepemergian beliau.

Pak Teh Mad pasak bumi kedah, Kehilangan beliau adalah satu kehilangan yang besar buat kita semua. Apapun setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai kematian. Semoga Allah Merahmati Ruhnya Pak Teh Mad dan menempatkan arwah bersama para Auliya dan Solihin. Aamiin Ya Mujib

 

Biodata Tuan Guru :

Nama : Haji Ahmad bin Haji Muhammad Nor ( Pak Teh Mad )

Advertisement

Kelahiran :

Beliau dilahirkan pada malam jumaat 14 Syaaban 1328 bersamaa dengan 14 Mac 1925 di Kampung Bukit Sebelah,Kariah Padang Gelenggang, Padang Terap, Kedah.

Pendidikan :

-SekolahKebangsaan Padang Terap ( 1931 – 1935 )

-Pondok Merbok, Bedong Kedah (sehingga tahun 1940): Pondok Tuan Guru Mursyid di Raja Haji Abdurrahman bin Haji Abdullah (Tuan Guru Haji Abdurrahman Merbok) .

Advertisement

-Pondok Mogoi (sehingga tahun 1943) : Pondok Tuan Guru Haji Saad bin Lebai Awang

-Pondok Gajah Mati, Pendang (sehingga tahun 1947) :

Beliau berguru kepada Tuan Guru Pak Chu Him dan Tuan Guru Sheikh Abdul Qadir Al Mandili, Makkah al-Mukarramah ( bermukim di Mekah selama 10 tahun ) :

Di antara guru-guru beliau di Makmah ialah :

● Syeikh Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir Al Fathani ( Pak Da Eil : pengarang Kitab Bakurah Al Amani ).

Advertisement

● Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al Mandili.

● Sheikh Daud Kelantan.

● Syeikh Afnan Al Jawi

● Syeikh Sulaiman Al Jawi,

● Syeikh Zakaria Bila

Advertisement

● Syeikh Hassan Al Masyath

● Sayyid Alawi al-Maliki dan lain-lain lagi.

Rumahtangga :

Pak Teh Mad mendirikan rumahtangga dengan anak gurunya sendiri Pak Chu Him iaitu Hajah Wan Solehah Binti Haji Wan Ibrahim Al-Fattani (Pak Chu Him). Pernikahannya diakadkan sendiri oleh Tuan Guru Pak Da Eil di Mekah.

Kembali ke tanah air :

Advertisement

Pada awal tahun 60an Pak Teh kembali ke tanah air dan mengasaskan sekolah Pondok Ahmadiah, Padang Nyior, Padang Terap,Kedah di atas tanah seluas 8 relung. Pondok beliau berkembang maju hingga terdapat 180 buah pondok ( 30 pondok pelajar putera,40 pondok pelajar puteri dan 90 pondok warga emas.

Bissirril Fatihah…

 

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel