Connect with us

Global

Jiran Selamba Jemur Tikar Dekat Pagar Rumah, Wanita Mengadu Susah Keluar Masuk, Dah Pernah Tegur

Sebuah video yang memaparkan seorang wanita dipercayai di Indonesia yang bengang akan perbuatan jirannya dengan selamba menjemur tikar di pagar serta pintu rumahnya telah menjadi tular di media sosial.

Dalam video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok itu, seorang wanita menunjukkan halaman rumahnya dipenuhi dengan kain jemuran jirannya.

Di bahagian pagar dan pintu pagarnya, terdapat banyak karpet besar yang sedang dijemurkan.

Wanita tersebut mengakui bahawa dia sudah memperingatkan jirannya itu untuk tidak menjemur karpet di pintu pagar, tetapi tegurannya itu tetap tidak diendahkan.

Advertisement

Dia juga turut berang kerana sukar untuk masuk dan keluar dari rumah kerana pintu pagar dijadikan tempat karpet tersebut dijemur.

“Ya Allah jiran aku ni, aku dah pernah beritahu jangan sidai di pintu pagar, tapi kenapa dia langsung tak dengar apa aku cakap.

“Ya Allah, pintu pagar buat tempat jemur,” katanya dalam video tersebut.

Beberapa warganet yang melihat video itu berasa curiga jika karpet tersebut adalah milik si pemilik rumah berkenaan.

Walaupun begitu, wanita tersebut menegaskan bahawa kain jemuran itu bukan miliknya. Dia bahkan turut bersumpah.

Advertisement
@maulanikYa alloh aku punya tetangga kok gini bgt sih btl2udh pernah aku bilang pintu pagar jgn pke jmur.tpi knpa ko gk di anggap omongan ku ini terlalu 😢😢♬ suara asli – maulanianik

“Kalau tak pasti itu milik jiran, berani tak sumpah demi Allah dan Nabi Muhammad, hati-hati takut jiran itu tersinggung,” kata seorang warganet.

“Saya tidak percaya bahawa ianya adalah karpet jemuran jirannya,” tulis warganet lain.

“Sumpah demi Allah jemuran itu bukan saya punya. Kalau jemuran itu saya punya, semoga Allah tarik nyawa saya hari ini, tolong aminkan ya, salam,” jawab wanita tersebut dalam ruangan komen.

“Dia tidak mempunyai pagar tetapi memiliki perniagaan dobi. Setiap kain jemuran yang besar-besar pasti akan berada di pagar saya, saya tidak suka pintu pagar saya dijadikan tempat jemuran, pintu pagar kan digunakan untuk keluar dan masuk,” sambungnya.

Advertisement
@maulanikBalas @haniko_inzaghi Yg menuduh itu jemuran punya sya smoga segala dosanya di ampuni alloh amin. sumpah demi allo klo jemuran itu bkn punya sya😊lucu♬ suara asli – maulanianik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut geram melihat perkongsian berkenaan. Malah mereka juga tidak menyangka ada juga jiran yang bersikap seperti itu. Secara keseluruhannya, rakaman berkenaan telah meraih lebih 800 ribu jumlah tontonan.

Sumber: suara.com

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel