Connect with us

Terkini

94 Peratus Pelajar Tingkatan 4 Dan 5 Terima Dos Pertama Vaksin Di Labuan

Seramai 2,446 pelajar Tingkatan Empat dan Lima di sini telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat semalam, menjelang pembukaan semula sekolah pada 4 Oktober ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Labuan Rithuan Ismail

Katanya angka itu mewakili 94.33 peratus daripada 2,593 pelajar yang disenaraikan untuk janji temu vaksinasi yang bermula pada 11 September lepas.

“Kesemua pelajar, yang ditemani ibu bapa mereka, teruja mendapat peluang untuk menerima suntikan.

“Kami yakin mereka yang menerima dos pertama akan melengkapkan dos kedua sebelum sekolah dibuka bulan depan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Advertisement

Rithuan berkata fasa dua vaksinasi itu, yang melibatkan 8,225 murid sekolah berumur 12 hingga 15 tahun, akan bermula tiba lama lagi iaitu selepas mendapat ‘lampu hijau’ daripada Kementerian Kesihatan.

“Jumlah kanak-kanak di Labuan yang layak mendapatkan vaksin termasuk kanak-kanak yang tidak bersekolah ialah seramai 10,200, bagaimanapun kita akan memberi keutamaan kepada kanak-kanak yang bersekolah dahulu,” katanya

Beliau berkata para pelajar yang tidak mendapat kebenaran ibu bapa untuk divaksinasi akan ditangani oleh pihak berkuasa sekolah masing-masing dan Jabatan Kesihatan Labuan, ekoran bilangan kumpulan itu yang kecil.

“Pasti terdapat cara dan kaedah untuk memastikan para pelajar yang tidak divaksin ini dapat meneruskan pembelajaran, mungkin menerusi kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah,” katanya.

Pada 15 Ogos lepas Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata sekolah akan dibuka semula pada 3 Oktober ini secara berperingkat di bawah Pelan Pemulihan Negara, bermula dengan para pelajar yang menduduki peperiksaan iaitu pelajar Tingkatan 5 dan 6.

Advertisement

Terdapat 17 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah di Labuan dengan 99 peratus guru telah lengkap vaksinasi.

Sumber: BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel