Connect with us

Terkini

Banjir Di Sabah: Mangsa Kekal 32 Orang

Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 32 orang daripada tujuh keluarga setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah hari ini memaklumkan hanya sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi iaitu Rumah Kelab Kompleks Sukan di Penampang yang menempatkan kesemua mangsa banjir tersebut.

“Semua agensi sedang memantau situasi banjir dan mangsa banjir hanya dibenar pulang setelah keadaan benar-benar selamat,” menurut kenyataan itu.

Hujan lebat berterusan sejak tengah hari semalam mengakibatkan tiga daerah di Sabah iaitu Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan sekali lagi dilanda banjir kilat yang menjejaskan beberapa kampung selain berlaku insiden tanah runtuh.

Advertisement

Sumber: BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel