Connect with us

Jenayah

‘Datuk Ken’, Isteri Didakwa Guna Kediaman Sebagai Rumah Judi Terbuka

Seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai ‘Datuk Ken’ dan isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas empat pertuduhan menggunakan kediaman mereka sebagai rumah judi terbuka.

Liow Lian Keong, 40, dan isterinya, Chen Lye Kuen, 41, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Mengikut pertuduhan, Liow didakwa atas tiga pertuduhan menggunakan kediamannya sebagai rumah judi terbuka di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor antara jam 5.15 petang dan 6.15 petang, 6 Julai lepas.

Isterinya pula didakwa atas satu pertuduhan serupa di tempat dan tarikh sama, pada jam 5.15 petang.

Advertisement

Kedua-dua mereka dituduh mengikut Seksyen 4(1)(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 dan penjara sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin ke atas kedua-dua tertuduh bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, pasangan itu yang diwakili peguam Muhammad Nor Izzat Nordin memohon jaminan rendah dengan alasan mereka menanggung dua orang anak selain ibu bapa masing-masing.

“Mereka memberi kerjasama yang baik dengan pihak berkuasa dan semua akaun peribadi serta syarikat tertuduh juga telah dibekukan,” kata peguam itu yang turut dibantu peguam Thomas Chin, Ryan Chew Hong Chiang dan Matthew.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM7,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Dis depan untuk sebutan semula kes.

Advertisement

Sumber: BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel