Connect with us

Hiburan

Tak Dapat Tahan Sebak, Lelaki Menangis Dah Beli Baju Nikah Tapi Ditinggalkan

Allah sudah mengatur dan menentukan segalanya untuk kehidupan kita. Kita sebagai umat-Nya hanya mampu merancang.

Begitulah kisah seorang lelaki yang bernama Iqbal Baharom, dia reda apabila hasratnya yang ingin mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya tidak tercapai walaupun dia telah melakukan pelbagai persiapan menuju hari bahagia.

Melalui perkongsian video di Tiktok miliknya, lelaki berusia 32 tahun itu telah memuat naik foto sijil kursus kahwin yang dihadiri pada tahun lalu selain persalinan pernikahan berina putih sedondon bersama pasangan.

@manusiaberbuluJgn kita bersangka buruk pada Allah.dia sebaik2 perancang 🥲🤲🏻 #fypシ #fyp #fypdongggggggg♬ semangat ngontennya – dollar kuning

Advertisement

Di akhir video tersebut, dilihat Iqbal tidak dapat menahan sebak apabila terkenang kepahitan yang harus dilaluinya apatah lagi itu aalah cinta pertamanya.

Dia juga menyatakan bahawa bekas tunangnya merupakan seorang insan yang baik. Namun dia berpendapat bahawa dirinya terdapat kekhilafan ataupun kurang sempurna untuk bergelar suami kepada wanita tersebut.

Beberapa warganet juga turut menitipkan kata-kata semangat buatnya agar terus bersabar dan mendoakannya agar bertemu dengan seseorang yang lebih baik.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel