Connect with us

Hiburan

Tak Minta Duit Hantaran, Pembaca Berita Terkenal TV3 Azaria Tagaya Selamat Bernikah

Dalam diam-diam, personaliti TV3 iaitu Azaria Tagaya selamat mendirikan rumah tangga dengan jurumekap kesan khas Reza Syafiq Zainal Rashid di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, personaliti berusia 36 tahun itu tidak meletakkan wang hantaran selain menerima sebentuk cincin dan mas kahwin RM300.

Pemilik nama Azaria Tagaya Norio Tagaya itu berkata, dia tidak menetapkan sebarang tarikh pernikahan berikutan keadaan pandemik Covid-19 sebaliknya hanya ingin segera menghalalkan hubungan.

“Kami pergi buat pendaftaran di pejabat agama dan kemudian ambil nombor giliran. Kemudian dapat tarikh nikah, 15 September. Saya sebenarnya kena bekerja semalam dan terpaksa ambil cuti untuk kahwin. 
“Hanya wali dan pasangan pengantin saja yang dibenarkan hadir, semalam. Baju nikah saya dijahit oleh mak dan dipadankan dengan Converse,” katanya.

Tambah pembaca berita Buletin Utama dan Nightline itu, dia juga tidak berhasrat bagi mengadakan majlis resepsi kerana mahu melunaskan perkara yang wajib sahaja.

Advertisement
“Memang dari kecil saya impikan nak kahwin secara ringkas saja dan tak suka majlis besar-besaran sebab saya rasa membazir. Bagi saya lebih baik kami berjimat wang untuk masa depan dan hidup bersama,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro, Instagram Nadiah Mohsin

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel