Connect with us

Hiburan

Wanita Tabah Jalani Kehidupan Dengan Anak Syurganya Setelah Hidap Kanser Dan Ditinggal Suami

Hidup bahagia bersama pasangan yang dicintai hingga akhir hayat sudah pasti menjadi impian setiap insan yang telah mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, ia berbeza dengan perkongsian Tiktok yang dikenali sebagai @cikadah apabila dia memberitahu bahawa dia telah ditinggalkan oleh suaminya sedangkan lelaki itu pernah berjanji akan menjaganya hingga ke akhir usia.

@cikadahhSaya mintak semangat kawan2 untuk saya terus kuat ❤️♬ Beta Janji Beta Jaga – KangMarlo ??

Namun, apa yang lebih menyedihkan apabila lelaki itu meninggalkannya bersama anak mereka yang autisme demi wanita lain semasa dia disahkan menghidap kanser.

Advertisement

Di dalam keadaan dia tiada pekerjaan dan tiada simpanan, dia bangkit demi dir sendiri dan anak untuk meneruskan kehidupan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T.

Berkat kesabarnnya menghadapi ujian, kini dia mengakui hidup lebih bahagia serta sudah mampu meraih pendapatan sendiri dengan berniaga bagi menampung keperluan diri serta anak syurganya itu.

Seiringan perkongsian tersebut, rata-rata warganet meninggalkan komen dengan menzahirkan perasaan rasa simpati mendengar kisah perjalanan hidup wanita tersebut.

Walau bagaimanapun, mereka berbangga dengan pencapaiannya kini dan berharap agar Allah S.W.T terus memperluaskan rezekinya dan mempermudahkan segala urusannya bersama anak tersayang.

 

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel