Connect with us

Global

“Upin & Ipin Adalah Propaganda Malaysia” Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia Dakwa Upin & Ipin Adalah Alat Propaganda Dari Malaysia

Upin & Ipin bukan sahaja berjaya menempa nama dan mempunyai pengikut yang ramai di Malaysia. Malah anak-anak di negara jiran juga turut tidak ketinggalan menikmati cerita dari sudut pandang dua anak kecil yang menjadi watak utama kepada animasi ini.

Bagi anak-anak, tidak kira di Malaysia atau Indonesia. Upin & Ipin mungkin di anggap sekadar kartun biasa. Tetapi bagi Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia atau KPI Agung Suprio, beliau mengatakan bahawa Upin & Ipin adalah propaganda Malaysia kepada dunia luar.

Dia yang ditemuramah dalam Podcast Deddy Corbuzier yang disiarkan di YouTube menyatakan bahawa Upin & Ipin adalah simbol budaya dan imej Malaysia ke dunia luar yang bukan sahaja berbilang bangsa, malah ramah dan beragama.

“Upin-Ipin dapat disebut propaganda, propaganda positif. Upin-Ipin dapat memperkenalkan Malaysia atau imej Malaysia ke dunia luar yang berbilang budaya, sopan, ramah dan beragama,” kata Agung.

Advertisement

Memetik laporan laman Suara, Agung menyatakan alasan beliau disebalik dakwaan tersebut adalah disebabkan animasi ini mendapat subsidi dari Kerajaan Malaysia, jadi secara tidak langsung ini adalah produk untuk menyebarkan imej Malaysia pada dunia luar, “Jadi, ya propaganda pada akhirnya.”

Dan dia menyatakan sebab kenapa Indonesia masih tertinggal di belakang dalam penyiaran kartun buatan negara itu sendiri adalah kerana kos yang besar harus dikeluarkan untuk membuat animasi versi Indonesia.

“Sekiranya kita menghasilkan kartun Indonesia, itu sangat mahal. Walaupun orang yang membuat kartun di Indonesia tidak kurang hebatnya, dan ada begitu banyak, tidak sedikit,” kata Agung Suprio, yang dipetik oleh Suara.com dari saluran Youtube Deddy Corbuzier.

sumber: thevocket

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel