Gunung Berapi Di Kepulauan Sepanyol Meletus Buat Kali Pertama Sejak 5 Dekad

Gunung berapi di pulau La Palma, Sepanyol meletus pada Ahad, memaksa ribuan penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.

Ini kali pertama gunung berapi Cumbre Vieja yang terletak di Kepulauan Canary, Lautan Atlantik itu meletus dan memuntahkan lava, asap dan debu, sejak 1971.

Anggota polis Sepanyol berkata pihaknya memindahkan antara 5,000 hingga 10,000 penduduk tempatan dari kawasan berkenaan, lapor Agensi Berita Anadolu.

Sementara itu, kepulan asap dan lava telah menjejaskan empat lebuh raya utama.

Advertisement

Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez pada Ahad menangguhkan perjalanannya ke New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebaliknya akan melawat ke La Palma.

Saintis Sepanyol mula mengesan peningkatan aktiviti gempa di kawasan berkenaan sejak lapan hari lalu, dan sekitar 25,000 gempa kecil direkodkan.

Beberapa saintis Sepanyol berkata letusan gunung berapi mungkin berterusan selama beberapa minggu.

Walaupun jarang berlaku, kejadian itu dilihat sebagai fenomena biasa dan tidak mempengaruhi aktiviti di lapangan terbang pulau kecil itu.

Presiden Kepulauan Canary Angel Victor Torres pada Ahad berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

Advertisement

Nuraniesah ainisram

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago