Connect with us

Terkini

KKM: Hampir Semua Kes Baru Hari Ini Tidak Bergejala, Gejala Ringan

Hanya 1.6 peratus atau 243 kes daripada 14,954 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hingga 12 tengah hari ini adalah daripada kategori tiga, empat dan lima, kata Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah.

Kategori tiga merujuk kepada pesakit yang mengalami radang paru-paru, kategori empat memerlukan bantuan oksigen dan kategori lima memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Noor Hisham, baki 14,711 kes atau 98.4 peratus pula adalah daripada kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala dan bergejala ringan.

“Daripada jumlah kes baru itu, 11 adalah kes import melibatkan sembilan warganegara dan dua rakyat asing manakala 14,943 kes lagi adalah penularan dalam negara melibatkan 13,580 warganegara dan 1,363 rakyat asing,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Advertisement

Dr Noor Hisham berkata dalam tempoh 24 jam yang lepas, sebanyak 23,469 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah kes pulih dari Covid-19 dalam negara kini ialah 1,863,922.

Terdapat 1,194 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) merangkumi 882 kes disahkan positif Covid-19 dan 312 kes lagi adalah suspected, probable dan kes dalam siasatan.

Daripada jumlah terbabit, 665 kes memerlukan bantuan pernafasan merangkumi 401 kes disahkan Covid-19, sementara 264 kes adalah suspected, probable dan kes dalam siasatan.

Dia berkata sebanyak 19 kluster baru dikesan dalam tempoh sama dengan 13 daripadanya berkaitan tempat kerja, empat berkaitan penularan dalam komuniti dan masing-masing satu kluster berkaitan pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught (Rt) Malaysia semalam adalah 0.94 dengan Sarawak mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.08, diikuti Pahang dan Terengganu (1.05) serta Johor dan Perak (1.01).

Advertisement

Sementara itu, berdasarkan data Kementerian Kesihatan di portal CovidNow dan Github, sejumlah 324 kes kematian baru dilaporkan setakat tengah malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu kini ialah 23,067 kes.

Bagaimanapun, daripada jumlah kematian baru itu, hanya tujuh kes adalah kematian sebenar yang dilaporkan berlaku semalam (18 Sept) manakala selebihnya adalah pelaporan kes kematian tertunggak. Sebanyak 70 kematian baru yang dilapor adalah kes yang berlaku di luar hospital.

Sejumlah 146 kes kematian dilaporkan di Selangor, Johor (54), Kedah (24), Pulau Pinang (25), Perak (15), Sabah (13), Kelantan (12), Sarawak (11), Melaka dan Kuala Lumpur (masing-masing tujuh) serta Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing lima).

-Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel