Connect with us

Viral

Masih Simpan Bantal Busuk Dari Tahun 1998, Netizen Minta Wanita Ini ‘Buang Jela’

Tidak dinafikan bantal atau selimut busvk memang sukar untuk dipisahkan. Seperti 1si dan kvku, hendak pergi ke mana sahaja pasti akan dibawanya. Walaupun sudah bertukar warna dan berbau tetapi ia tetap menjadi pilihan untuk dibawa tidur.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Intan Normala di akaun TikTok, dia menunjukkan bantal busuknya yang digunakan sejak tahun 1998 sehingga ke hari ini bersamanya.

Di dalam video berkenaan memaparkan keadaan bantal berkenaan yang hampir hancur dan sehingga dia terpaksa menggunakan pin untuk membetulkan bantalnya. Malah Intan dilihat masih mengh1du cebisan-cebisan kain bantal kesayangannya itu.

Video berdurasi 15 saat itu meraih lebih satu juta tontonan serta mendapat lebih 73 ribu tanda suka.

Advertisement

Meskipun ramai yang menyuruh wanita berkenaan membuang bantal busuk itu kerana sudah teruk, namun dia enggan membuangnya dan mengatakan bahawa orang lain tidak akan faham bagaimana rasa sayangnya terhadap bantal busuk.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet terkejut melihat bantal busuk berkenaan yang sudah hampir hancur itu. Malah ada juga di antara mereka mengakui bahawa tidak semua orang memahami ‘nikmat’ mempunyai bantal busuk.

‘Orang lain tak akan pernah faham’

‘Mula-mula ingatkan usus penanggal’

@innnnnn_tandari tahun 1998 sampailah ke 2021 🥺 #cintahati #fypシ #bantalbusuk♬ Kosong – Najwa Latif

Advertisement

Sumber : innnnnn_tan

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel