Connect with us

Politik

Niat Wartawan Nak Ajak Tun M Borak Lepas Habis Wawancara, Sekali Lain Pula Yang Jadi

RAMAI yang tanya saya, siapa antara pemimpin yang saya interview sangat punctual daripada segi ketepatan masa.

Jawapannya ramai.

Tetapi dalam ramai-ramai tu, paling champion Tun Dr. Mahathir.

Beliau tiba di lokasi temubual kami tak seminit lewat, dan beliau tamatkan temubual itupun tak seminit awal!

Advertisement

Kami diberi masa sejam, cukup sejam, beliau berhenti bercakap dan hanya melemparkan senyuman. Dalam tempoh sejam temubual itu, beliau menggunakan sepenuhnya ruang itu untuk bercakap tetapi bila habis saja – beliau terus diam, erk!

Beliau tak banyak kerenah. Jurufoto dan jurukamera boleh mintak nak beliau posing macam manapun, beliau ikut, tetapi semuanya harus pantas.

Selepas temubual itu, saya pada mulanya nak ‘drag’ sikit pertemuan itu, saja ingat nak sembang-sembang sikit, maklumlah bukan senang nak interview beliau. Nampaknya hajat itu tidak kesampaian.

Selesai saja wawancara itu, beliau mengucapkan terima kasih dan terus beredar meninggalkan kami.

Akhirnya kami sembang sesama sendiri jelah sambil gulung kabel dan wayar-wayar, kah kah kah.

Advertisement

Sumber: Syahril A Kadir

Ramai orang berkata, “masa adalah wang“.

Tetapi ia tidaklah begitu tepat.

Sebenarnya, masa adalah KEHIDUPAN.

Imam Hassan al-Banna berkata:

Advertisement

Sesiapa yang tahu nilai sebenar masa akan tahu tentang hidup itu sendiri kerana masa adalah kehidupan.”

Kata-kata lain daripada Abu Bakr bin Ayyash yang berkata:

Sekiranya satu dirham tercicir daripada tangan salah seorang daripada mereka, kamu akan dapati seseorang itu akan merungut tentangnya sepanjang hari, ‘Dirhamku hilang’. Tapi apabila dia membazirkan masanya berjam-jam, dia tidak pernah pula berkata, ‘Oh hidupku telah hilang!”

Bagi memahami nilai masa, kita mesti menghargainya terlebih dahulu.

1. Masa adalah kurniaan daripada Allah
Allah berfirman dalam al-Quran:

Advertisement

Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.

— Surah al-Israa ayat 12

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel