Connect with us

Mahkamah

Suspek Pandu Lawan Arus Didakwa Bunuh Dua Remaja

Pemandu Mitsubishi Triton yang memandu melawan arus didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan membunuh dua remaja di Lebuh Raya Persekutuan pada 12 September lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas dua pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh, K. Devaaswin, 24.

Kedua-dua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nur Faizah Abdul Sani.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran bahagian pengangkutan didakwa membunuh terhadap Nur Afiqah Abdul Karim, 18, di Kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan arah Klang ke Kuala Lumpur di Shah Alam pada pukul 1.50 pagi, 12 September lalu, lapor Kosmo!.

Advertisement

Dia turut dituduh melakukan kesalahan sama terhadap Muhammad Hafiz Syamjr Dzul Asri, 19, di lokasi dan pada masa dan tarikh yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Shukor Abu Bakar manakala tertuduh diwakili Peguam Pushpa Ratnam dan R. Thanuja.

Kes disebut semula 21 Oktober ini.

Pada 12 September lalu, dua remaja maut apabila kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka dilanggar oleh kenderaan Mitsubishi Triton yang dipandu secara melawan arus di Kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan.

Advertisement

Baca: Padah Lawan Arus, Pemandu Mitsubishi Triton Berdepan Hukuman Gantung

Hasil ujian air kencing mendapati, pemandu kenderaan pikap itu positif dadah jenis ganja.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel