Guna Nama Glamor ‘Bella’ Di Thailand, Rundingan Bawa Balik Sajat Sukar, Naik Tocang Dibantu Negara Tertentu

Misteri kehilangan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad akhirnya terjawab apabila dia ditahan oleh pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu. Dilaporkan Sajat melarikan diri ke Bangkok dengan bantuan seorang lelaki menggunakan gerabak kereta api di Padang Pesar, Perlis.

Terbaru, Harian Metro melaporkan di Thailand Sajat menggunakan nama popular terbaharunya iaitu Bella. Nama itu terkenal dalam kalangan rakan yang juga dilaporkan berperwatakan sepertinya.

Foto: Harian Metro

Berdasarkan risikan sumber Skuad Khas Harian Metro, usahawan itu kini berlagak mempunyai kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

“Dia naik ‘tocang’ juga sebab dibantu negara tertentu dan pihak UNHCR di Thailand. Biarpun dalam proses pemantauan pihak imigresen negara itu yang mana dia perlu melaporkan diri setiap 14 hari, tetapi Nur Sajat dilaporkan aktif beraktiviti di negara itu selepas dibebaskan dari tahanan.”

Katanya lagi, selepas dibebaskan dengan jaminan 10 September lalu, Sajat perlu hadir ke pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari.

Advertisement

“Kebanyakan aktiviti dilakukannya di dalam kondominium mewah itu. Sesekali kita dapat laporan Nur Sajat keluar bersama rakan-rakan yang membantu dan melindunginya.”

Menurut sumber lagi, usahawan itu sebelum ini menggunakan pembantunya di Malaysia untuk mengelirukan pihak berkuasa. Pembantunya memuat naik status di Instagram kononnya Sajat berada di Danga Bay pada 28 Ogos lalu.

“Dia sangat licik, perkongsiannya itu kemudian dipetik portal media. Kita percaya itu hanya tindakannya untuk mencabar pihak berkuasa negara ini kerana kita sudah dapat maklumat dia lolos ke Thailand pada awal Mac lalu.”

Dalam perkembangan lain, UNHCR Bangkok dilaporkan sudah menyediakan peguam dan sedang membantu Sajat berurusan dengan Kedutaan Australia di Bangkok supaya usahawan itu dapat dipindahkan ke sana.

Difahamkan, ada pertubuhan dan negara tertentu sedang giat menghalang Malaysia daripada membawa pulang usahawan itu untuk dibicarakan.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago