Connect with us

Jenayah

Cubaan Seludup Babi Hutan Seberat 2 Tan Ke Negara Jiran Gagal

Cubaan aktiviti penyeludupan karkas babi seberat dua tan metrik oleh seorang lelaki dipercayai gagal setelah ditahan Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) di Rantau Panjang, Kelantan semalam.

Azhari Nusi, Pegawai Perintah(PGA7) berkata, dalam kejadian sekitar jam 11.36 malam itu, semasa pihaknya membuat rondaan, mereka dapati sebuah van jenis Econovan yang dalam keadaan mencurigakan.

“Susulan itu, kami telah berjaya menahan van tersebut di hadapan rumah beralamat Kampung Degong, Telaga Mas, Lubok Setol, Rantau Panjang, Kelantan.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas van terbabit, kami telah menjumpai bangkai babi hutan seberat dua metrik tan.”

Advertisement

“Selain itu, pemandu juga gagal mengemukakan dokumen yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Azhari, pihaknya telah menahan pemandu tersebut dan merampas semua bangkai babi serta van yang digunakan.

Nilai keseluruhan rampasan bernilai RM58,000, katanya.

Dia berkata, laporan polis telah dibuat di balai polis Lubok Setol, Rantau Panjang  untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010,” katanya lagi.

Advertisement

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel