Connect with us

Hiburan

Jodoh Tidak Mengira Usia, Anak Gembira Ibu Bertemu Jodoh Berusia 22 Tahun

Walaupun berjarak umur 37 tahun, usia bukan penghalang kalau dah termaktub sejak azali dua insan ini berjodohan.

Satu video kenangan di hari bahagia seorang ibu yang telah dikongsikan oleh gadis ini amat menarik perhatian warganet. Gadis yang bernama Ecah ini telah memuat naik video dan mendapat tontonan sebanyak 678 ribu kali di Tiktok.

Melalui video tersebut, Ecah mengucapkan selamat pengantin baru kepada si ibu yang dipanggil mama selepas selamat diijabkabulkan dengan seorang lelaki yang kini bergelar bapa tirinya.

Menurut gadis tersebut, ibunya yang kini berusia 59 tahun berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya yang berumur 22 tahun.

Advertisement
@ecacuwitcawerumur bukan penghalang jika Allah dah takdirkan itu bahagian kita ☺️ moga mama & abie bahagia selalu. #fyp #pengantinpkp #umurbukanpenghalang♬ MUHASABAH CINTA part2 –

“Umur bukan penghalang, jika Allah dah takdirkan itu bahagian kita.

“Moga mama dan abie bahagia selalu,” tulis Ecah yang turut berasa gembira dengan perkahwinan ibunya.

Ketika dihubungi, Ecah berkata ibunya mengambil keputusan untuk menikah dengan lelaki tersebut setelah dua tahun mengenalinya.

Kedua pasangan itu selamat diijabkabulkan 17 September lalu.

Melalui ruangan komen, warganet juga turut mendoakan kebahagiaan pasangan mempelai tersebut.

Advertisement

 

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel