Kanak-kanak Lelaki Dua Tahun Tahun, Dikesan Kes Indeks Kluster Lungkidau Di Sabah

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dikesan menjadi kes indeks bagi satu kluster baharu iaitu Kluster Lungkidau di Ranau melibatkan jangkitan 134 kes direkodkan setakat hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata ia dikesan hasil daripada saringan pra kemasukan wad pada 7 Sept lalu sebelum bapa kepada kes indeks juga didapati positif COVID-19 hasil saringan pengiring kemasukan wad pada hari yang sama.

“Siasatan awal mendapati bapa kepada kes indeks mempunyai rekod menghadiri mesyuarat dan gotong-royong membersihkan lot tanah penanaman sawit di Mukim Paginatan.

Selain itu, dia juga terlibat dalam beberapa aktiviti melibatkan perkumpulan orang, gotong-royong pembaikan jambatan di Kampung Lungkidau dan merintis jalan laluan utama kereta untuk masuk ke kawasan perkuburan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Advertisement

Masidi yang juga jurucakap COVID-19 negeri berkata saringan kontak rapat dijalankan mulai 7 hingga 20 Sept melibatkan 177 orang.

Sementara itu, Masidi berkata lebih 1.94 juta atau 70.6 peratus penduduk dewasa, dan 124,393 atau 29.2 peratus penduduk remaja Sabah telah menerima suntikan pertama vaksin COVID-19.

Beliau juga berkata 1,291 kes positif COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 188,123 kes, dan 1,837 pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif 164,380 orang, manakala 3,888 pesakit sedang mendapatkan rawatan.

Sumber: BERNAMA

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Nuraniesah ainisram

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago