Connect with us

Viral

Lori Tanpa Pemandu Di Ladang Buat Netizen Tertanya-Tanya

Baru-baru ini, satu kejadian yang aneh telah berlaku dimana terdapat sebuah lori lama yang dikatakan diguna pada perang zaman Jepun dirakam.

Melalui rakaman yang tular itu, lori berkenaan kelihatan bergerak dengan sendirinya tanpa pemandu yang dikatakan berlaku di sebuah ladang getah di daerah Segamat, Johor.

Video itu dikatakan telah dimuat naik oleh seseorang sejak enam bulan yang lalu namun ia menjadi tular baru-baru ini. Ia didakwa berlaku di ladang kelapa sawit simpang kiri Sime Darby Chaah.

Klip video berdurasi 34 saat itu dikongsikan pada laman YouTube milik Harian Metro dan ia masih menjadi misteri sehingga kini.
Advertisement

Kejadian dilihat berlaku pada siang hari yang mana lori tersebut bergerak lebih kurang 20 meter tanpa pemandu di dalamnya.

Namun kesahihan video tersebut masih lagi menjadi persoalan dan mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna di media sosial.

Disebalik keanehan video tersebut, rata-rata netizen dilihat tidak mempercayai video tersebut dan hanya menganggap ia dibuat oleh seseorang untuk meraih populariti.

 

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel