Connect with us

Global

Mungkin Berterima Kasih, Kanggaru Ini Seakan Menyalam Individu Yang Menyelamatkannya

Seekor kanggaru yang dikatakan terperangkap di sebuah tasik di Canberra telah menarik perhatian orang ramai apabila dilihat seakan ‘bersalaman’ dengan individu-individu  yang menyelamatkannya.

Menerusi Daily Mail, dua orang lelaki telah menghampiri haiwan tersebut yang dipercayai sedang berada dalam keadaan ketakutan sebelum menghulurkan tangan kepada haiwan tersebut.

Sebaik sahaja memaut tangan kanggaru tersebut, lelaki tersebut mengalihkannya ke tempat yang selamat dan disambut oleh individu yang ketiga.

Memetik portal tersebut, lelaki-lelaki berkenaan mengambil masa sekitar 30 minit untuk membantu haiwan itu.

Advertisement

Namun begitu, Daily Mail menyatakan kanggaru yang sudah tercedera ataupun sakit dipercayai boleh bertindak defensif dan berbahaya jika didekati. Oleh itu orang ramai dinasihati agar tidak mendekati haiwan tersebut, sebaliknya perlu meminta bantuan daripada pihak berwajib jika berhadapan situasi berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel