Connect with us

Hiburan

“Saya Lebih Selesa Ambil Pendekatan Untuk Merahsiakan Apa Saja Hal Berkaitan Peribadi”- Intan Najwa

Intan Najwa, seorang pelakon tidak mahu lagi mengulas cerita kisah putus tunangnya yang sudah berlalu, dia hendak ketepikan cerita peribadinya  kerana tiada apa yang menarik untuk dikongsikan.

Menurutnya, kini dia hanya mahu lebih fokus kepada kerjaya lakonannya serta perniagaan produk kecantikan penjagaan kulit miliknya yang kini semakin berkembang.

“Saya lebih selesa ambil pendekatan untuk merahsiakan apa saja hal berkaitan peribadi. Ada baiknya saya bercerita hal karier daripada bercerita perkara yang bukan-bukan yang boleh mengundang kecaman terhadap saya.

“Tidak nanti orang hanya asyik bercerita hal peribadi berbanding soal bakat saya yang sepatutnya ditonjolkan,” katanya.

Advertisement

Berkongsikan mengenai perkembangan terbaru, Intan berkata jadualnya kini sangat padat sehingga hujung tahun serta perlu melangsaikan penggambaran drama yang tertangguh.

“Jadual saya sekarang sangat padat lebih-lebih lagi berlakon drama sampai hujung tahun ini. Selepas ini saya akan kembali sambung penggambaran drama untuk slot Samarinda yang tertangguh sebelum ini,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel