Connect with us

Hiburan

“Saya Tak Suka Kalau Muda Sangat.” – Kacak Kini Ikut Langkah Kakak, Tak Restu Hubungan Ibu Kahwin

Muhammad Eric Zecquan atau lebih dikenali sebagai Kacak kini turut mengikuti langkah kakaknya, Cik B dalam menghalang cinta ibunya dan tidak bersetuju untuk ibunya berkahwin lagi.

Kacak mengatakan bahawa Iqbal bukanlah calon yang sesuai jika ibunya ingin berkahwin lagi apatah lagi jejaka tersebut terlalu muda dan sesuai menjadi abang sahaja.

“Mula-mula saya ingat berita perkahwinan ibu saya macam tak betul, bila tahu rupanya betul. Terkejut juga la, nak kahwin lagi sekali ke.

“Mula-mula macam tak setuju, tak boleh ni. Saya tak suka kalau muda sangat. Kalau boleh nak lelaki sama umur macam mama. Iqbal sesuai jadi abang sahaja. Saya dengan Cik B sepakat,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kenyataan Iqbal mengatakan dia menangis sambil meminta supaya menjaga ibunya dengan baik, Kacak menafikan perkara itu.

“Bila dia kata saya menangis, saya rasa ni dah lain macam. Saya tak menangis, saya cuma berkata supaya jaga mama baik-baik. Mungkin cara saya mesej ketika itu nampak seperti saya menangis,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel