Connect with us

Jenayah

Pemandu Lori Positif Dadah ‘Terhuyung-Hayang’ Sebelum Terbabas

Viral di media sosial rakaman video memaparkan sebuah lori yang berada di laluan kanan tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kilometer (KM) 10.9 Lebuh Raya Baru Lembah Kelang (NKVE).

Terbaru, Kosmo! melaporkan hasil ujian saringan air kencing, pemandu didapati positif dadah jenis methaphetamine. Kemalangan berlaku ketika pemandu dalam perjalanan ke Subang.

lori

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol, pemandu lori berusia 33 tahun dipercayai tertidur lalu gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas.

“Selang beberapa minit, sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki dari arah sama gagal mengelak dan terlanggar lori tersebut.”

Jelasnya lagi, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman hari ini.

Advertisement

“Bagi kesalahan trafik pula, kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan semasa dibawah pengaruh dadah.”

Beliau memohon saksi yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian tampil membantu siasatan. Saksi boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697.

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel