Connect with us

Viral

Lelaki Positif Covid-19 Yang Mendakwa Dirinya ‘Dipaksa’ Masuk ICU Meninggal Dunia

Tular seorang bekas pesakit Covid-19 yang mendakwa dirinya ‘diculik’ dan ‘dipaksa’ untuk berada di Unit Rawatan Rapi (ICU)  Hospital Pulau Pinang sebelum ini telah disahkan meninggal dunia kelmarin.

Dikatakan, Allahyarham Affendy Mohd Yusof, 43, sudah dipindahkan ke wad biasa kerana ia sudah melepasi tempoh jangkitan Covid-19.

Khabar dipercayai berkaitan dengan pemergian arwah turut dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan, Dr. Malar Santhi Santherasegapan di laman Facebook milik beliau sebentar tadi.

“Ajal maut bukan di tangan doktor atau peguam atau atas sesuatu prosedur. Ajal maut telah ditetapkan. Persoalannya, adakah kita sudah berikhtiar sehabis baik. Apa yang kita boleh bakal lakukan kalau ada kes akan datang.”

Advertisement

“Ajal dia sudah sampai dan nyawanya sudah diambil. Sama seperti saya, kalian semua juga mesti reda dengan pemergian dia. Persoalannya, apa yang kita akan buat atau patut buat pada masa hadapan untuk kes sama? Apa iktibar yang kita boleh ambil daripada kisah ini,” tulisnya hari ini.

Kosmo! melaporkan pada 13 September lalu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dr. Ma’rof Sudin berkata, pesakit berkenaan telah dimasukkan ke dalam wad ICU selepas disahkan mengalami Covid-19 tahap empat.

Katanya, sudah berulang kali pihak hospital menjelaskan kepada pesakit serta ahli keluarga tentang risiko yang boleh membahayakan diri pesakit sekiranya pesakit tidak membenarkan rawatan dijalankan.

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel