Connect with us

Hiburan

Wanita Pilu Lihat Pekerja Solat Beralaskan Zink, Sepakat Dengan Suami Belikan Kanopi Jadi Tempat Beribadat

Menghormati agama dan kaum lain amatlah digalakkan sesama kita yang tinggal di negara pelbagai kaum ini.

Namun, tidak semua orang yang mampu menghormati dan memahami bangsa lain dan akan menyebabkan perpaduan negara kita merosot.

Namun, semua itu tiada tandingannya dengan kisah-kisah sebenar yang berlaku dalam kalangan masyarakat yang saling menghormati di antara satu sama lain.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini di media sosial, seorang wanita yang bukan beragama Islam menghormati dan menghargai pekerja-pekerjanya yang sedang solat.

Advertisement

Melalui perkongsian Wendy Gwen di InstaStory, dia meluahkan rasa kasihan dan pilu apabila dia melihat pekerjanya sedang menunaikan solat di bawah panas terik dan hanya beralaskan zink.

Namun, apa yang menyentuh hati apabila dia dan suaminya bersepakat untuk membeli kanopi untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada pekerjanya. Bukan itu sahaja, dia juga menyediakan tikar bagi menjadi alas tempat solat.

Gwen turut memberi nasihat kepada orang ramai agar melayan sesiapa sahaja dengan baik tanpa mengira pangkat.

“Jangan pernah melihat manusia itu mengikut taraf sosial mereka, tidak kira apa pun kerja mereka. Layanlah mereka selayaknya manusia yang memerlukan asas keperluan hidup.

“Saya rasa bersalah betul sebab saya tidak tanya awal-awal keperluan dorang,” katanya.

Advertisement

Menurutnya, ia merupakan satu ‘pemandangan’ yang memberikannya keinsafan dan tamparan hidup buatnya.

“Saya tahu Tuhan sedang tegur saya dengan cara yang halus. Sejauh mana iman saya? Walaupun berlainan agama, kadang-kadang teguran dari Tuhan itu datang dengan cara yang kita tak jangka.

“Mungkin Tuhan mahu cakap.. tengok tukang kamu. Serba kurang ketika itu tetapi dia tetap kasi jalan tanggungjawab dia. Kamu manusia yang ada rumah selesa, ada kemudahan, ada kamu beribadah macam tu ka?”

“Masuk hari kedua saya perhati tukang itu dari tingkap. Masuk waktu saja, dorang solat.

“Kita ni? Islam ka bukan ka. Bila masuk waktu kita ada terus sembahyang ka? Atau kita tangguh?,” luahnya menerusi Instagram Story.

Advertisement

Perkongsiannya itu telah menarik perhatian netizen yang terharu dan kagum dengan sikap Gwen dan suaminya yang menghormati pekerjanya walaupun berlainan agama.

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel