Connect with us

Hiburan

Harap Boleh Melancong Lagi, Nora Danish Bangga Jadi ‘Tikus Makmal’

Nora Danish merupakan pelancong terawal ke pulau Langkawi selepas dibuka pada 16 September lalu, mengakui bertuah meskipun dijadikan sebagai ‘tikus makmal’.

Malah, dia turut menzahirkan rasa bersyukur apabila tiada kes jangkitan Covid-19 dilaporkan membabit pelancong di Langkawi baru-baru ini.

Pada masa yang sama, Nora juga turut berharap agar tempat-tempat pelancongan lain turut dibuka serta meminta untuk mendoakan yang baik-baik sahaja.

“Alhamdullilah, kami sebagai ‘tikus makmal’ rasa bertuah. Semoga dapat lagi tempat-tempat pelancongan lain di buka. Insya-Allah. Doakan yang baik-baik,” tulisnya.

Advertisement

Menerusi perkongsian di Insta story itu, Nora turut memuat naik paparan laporan berita mengenai tiada kes positif Covid-19 melibatkan pelancong ke Langkawi.

Terdahulu, Nora dikecam oleh netizen selepas memuat naik foto ‘daring’ ketika bercuti di pulau Langkawi sehingga bertindak menutup ruangan komen.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel