Connect with us

Hiburan

Mengaku Pernah Baling Selipar Dekat Iqbal, Netizen Luah Rasa ‘Menyampah’

Baru-baru ini, Vida, 49 , membuat pengakuan melalui Instagram miliknya yang dia pernah melakukan kekerasan semasa Iqbal bekerja dalam syarikat miliknya.

Advertisement

Katanya, dia pernah membaling selipar pada usahawan berumur 27 tahun itu sekaligus menafikan bahawa dia seorang wanita yang lembut.

“Iqbal ikhlas menerima saya seadanya.. terima anak saya, Cik B dan Kacak.  Dia telan semua perangai saya. Saya bukan orang yang lembut tapi dia terima saya.”

“Kalau tak kena (ada isu) saya marah. Saya baling selipar. Tapi di saat dia dihina.. mana saya? Saya tak hilang tapi saya banyak berdoa.”

Perkongsian video itu telah dipenuhi dengan komen-komen warganet yang sudah ‘naik menyampah’ dengan drama yang tiada penghujung.

Ada juga segelintir yang menganggap pelantun lagu I Am Me telah mempermainkan hati dan perasaan bekas pembantunya itu. Namun, masih ada dalam kalangan netizen yang mendoakan agar urusan perkahwinan Vida dan Iqbal dipermudahkan Allah.

Advertisement

Terdahulu, hubungan Vida dan Iqbal menjadi perhatian ramai apabila dikatakan bakal berkahwin pada Disember ini. Namun, situasi menjadi tegang selepas Cik B berkeras tidak merestui.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel