Connect with us

Hiburan

Aisar Dikecam Islamkan Saudara Yang Kelihatan Tak Sedia Dan Blur

Melalui laman Twitter seorang pengguna yang bernama @Najmi__Haikal telah berkongsi semula video seorang Instafamous, Aisar Khaled, 21, yang dilihat mengislamkan seorang saudara dalam keadaan yang tidak bersedia. Pengguna Twitter tersebut meminta warganet memberikan pandangan masing-masing tentang perkara tersebut.

Melalui rakaman berdurasi dua minit itu memperlihatkan Aisar yang juga merupakan seorang pelakon baharu melakukan pendekatan secara berdakwah dengan menceritakan tentang matlamat hidup sebagai manusia di atas dunia.

Advertisement

“Satu hari nanti bro, kita mati selama-lamanya. Ni dunia, takde apa-apa. Sebab tu I cakap bila kita selalu ingat mati, kita akan rasa apa perlu buat kat dunia ni.

“Jadi dua je pilihan, syurga atau neraka. Mana You mahu masuk? Syurga, betul. Tapi mestilah kita kena taat pada Allah SWT.”

“Dalam hidup kita ni, berapa ramai yang mati takde agama? Mati takde Islam. Rasa macam hidup ni penuh masalah, tau-tau mati. Akhirnya masuk neraka,”kata pelakon kacukan Melayu-Jordan itu.

Selepas bercerita tentang syurga atau neraka, pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu mengajar saudara baharu berkenaan mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum saling berpelukan antara satu sama lain.

“Masya-Allah, You dah Islam brother. Allah dah sayang You, syurga untuk You. Allah dah tulis nama You kat syurga,”ujarnya.

Advertisement

Posting tersebut diulang kicau sebanyak 251 kali dan menerima pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan tindakan serta kelayakan Aisar bagi mengislamkan orang lain.

Menurut mereka, terdapat cara yang lebih tertib dalam penyampaian sekali gus tidak kelihatan seperti paksaan bagi seseorang itu memilih untuk memeluk Islam.

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel