Connect with us

Hiburan

Ayu Suruh Zaquan Simpan Rambut Panjang, Malu Tersilap Peluk Aidil

Pasangan kembar yang juga merupakan pemain bola sepak yang terkenal iaitu Aidil Zafuan dan Zaquan Adha  mempunyai wajah yang seiras, kadang-kala ia boleh megelirukan orang ramai termasuklah dalam kalangan ahli keluarga.

Mohd Zaquan Adha Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Zaquan telah berkongsi satu momen yang melucukan tentang isterinya, pelakon Ayu Raudhah dan Aidil. Kata Zaquan, 34, Ayu pernah terpeluk Aidil kerana menyangka itu adalah dirinya.

Zaquan menceritakan hal itu semasa di Live Instagram bersama pengulas sukan, Hafizal Ahmad dan Aidil baru-baru ini.

“Dia (Ayu) pernah peluk abang Aidil. Dia salah orang. Dia takut salah lagi, dia suruh saya simpan rambut panjang.”

Advertisement

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut mengakui yang mereka juga agak sukar untuk membezakan pasangan kembar ini.

Namun, ada juga segelintir yang nampak ketidaksamaan adik beradik yang berasal daripada negeri Negeri Sembilan.

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel