Connect with us

Jenayah

Bayi Dihempas Ke Lantai Oleh Pengasuh Kerana Tidak Berhenti Menangis

Pihak polis telah menahan seorang pengasuh selepas disyaki mendera dan cuba membunuh seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah rumah di Taman Desa Pelancongan di sini, hari ini.

Datuk Mior Faridalathrash, Ketua Polis Perak berkata pihak polis menerima satu laporan daripada bapa bayi berkenaan kira-kira jam 3.03 pagi tadi.

Katanya, mangsa dihantar oleh bapa kandungnya ke rumah pengasuh iaitu seorang wanita yang berusia 22 tahun dalam keadan sihat dan baik pada jam 7.10 pagi Rabu lalu.

“Bapa mangsa dihubungi oleh pengasuh berkenaan pada jam 2.35 petang hari berkenaan supaya mengambil anaknya kerana mangsa dikatakan terjatuh dari ‘baby walker’,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Advertisement

Mior Faridalathrash berkata, setibanya di rumah pengasuh terbabit bapa mangsa mendapati kepala anaknya terdapat kesan bengkak.

“Bapa mangsa kemudiannya bertanyakan punca kecederaan anaknya dan dimaklumkan oleh pengasuh bahawa mangsa jatuh ketika didukung.

“Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan didapati mengalami pendarahan di kepala dan tempurung kepala mangsa retak. Mangsa berada di dalam keadaan tidak sedar dan kritikal,” katanya.

Beliau berkata, suspek wanita warga tempatan itu ditahan dan siasatan awal mendapati suspek dikatakan menghempas kepala mangsa sebanyak dua kali ke lantai kerana marah selepas bayi itu tidak berhenti menangis.

“Suspek berhenti melakukan perbuatan itu selepas menyedari mangsa tidak sedarkan diri,” katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Advertisement

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel