Connect with us

Hiburan

Didakwa Dendam Dan Dengki, Firdaus Wong Tampil Menafikan Hal Tersebut

Pendakwa bebas, Firdaus Wong Wai Hung didakwa oleh sesetengah netizen seolah-olah dia mahu menjatuhkan reputasi dan memfitnah seorang pendakwah terkenal sejak dia menjadi orang tengah berhubung kontroversi membabitkan ‘ustaz’ tersebut.

Menurut laporan Kosmo! Online, pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslim (MRM) itu menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sifat hasad dengki atau dendam terhadap pendakwah terbabit.

“Saya boleh berkata Wallahi bahawa apa yang dilakukan ini adalah apabila mangsa datang kepada kami. Bukan kami mencari aib, tetapi mangsa berkongsi kepada kami untuk mencari kekuatan.

“Mereka dihina dan dikritik oleh netizen dan mereka tampil mencari kekuatan,” katanya menerusi satu temu bual yang disiarkan secara langsung di saluran YouTube.

Advertisement

Dia juga tidak pernah mengkritik pendakwah tersebut sebaliknya memuji usaha keras pendakwah itu yang berterusan dalam melakukan kerja amal meskipun tidak mengenali secara peribadi.

Namun begitu, Firdaus Wong menegaskan bahawa Allah menyuruh umatnya bersikap adil, melaksanakan amal maaruf nahi mungkar dan membantu mangsa yang dizalimi.

Berikutan itu, dia menyifatkan bahawa golongan yang menuduhnya memiliki hasad dengki adalah mereka yang tidak mengikuti perkembangan MRM.

Terdahulu, polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung tangkapan skrin mesej lucah dan video menjijikan yang tular di saluran Telegram didakwa melibatkan pendakwah popular berkenaan.

Advertisement

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel