Connect with us

Global

Dakwa Terima 4,000 Panggilan, Nombor Telefon Dalam ‘Squid Game’ Dilapor Ada Pemilik Sebenar

Dilapor oleh Today Online, seorang individu mendakwa dia telah menerima lebih kurang 4,000 panggilan setelah nombor telefonnya didedahkan dalam cerita Squid Game, siri terkenal Netflix sejak ia ditayangkan pada 17 September lalu.

Menurut pportal tersebut, individu berkenaan telah menggunakan nombor tersebut selama 10 tahun memberitahu bahawa dia telah menerima panggilan secara berterusan sehingga membuat kehidupan hariannya terganggu.

“Saya telah padam lebih 4,000 nombor daripada telefon. Sehinggakan ada orang yang hubungi siang dan malam kerana rasa ingin tahu.

“Ia menghabiskan bateri telefon saya sehingga ia mati. Pada mulanya saya tak tahu kenapa, kemudian kawan saya beritahu nombor saya muncul dalam Squid Game,” ujar individu berkenaan.

Advertisement

portal tersebut turut menyatakan walaupun hanya terdapat lapan digit dalam nombor telefon yang dipaparkan dalam siri berkenaan berbanding kebiasaannya yang mempunyai 10 atau 11 digit,pengguna masih dapat menghubungi nombor berkenaan. Ini kerana kru produksi hanya membuang 3 digit pertama yang mewakili kod kawasan dan membiarkan lapan nombor selebihnya membuatkan orang ramai masih dapat menghubunginya.

Sejurus itu, Netflix dilaporkan akan menyelesaikan perkara tersebut dengan pemilik berkenaan dan mungkin berhadapan denda berjumlah 50 juta won ( kira-kira RM177,550).

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel