Connect with us

Global

Dua Maut Manakala Seorang Lagi Hilang, Korban Tragedi Kepala Air

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan terkorban di dalam kejadian kepala air di sebuah air terjun Tinubdan di Cebu, Filipina.

Menurut sumber laporan Manila Bulletin, seorang lagi wanita berusia 32 tahun dipercayai setakat ini masih hilang dalam kejadian pada jam 1 petang waktu tempatan, Ahad lalu.

Dikatakan, mangsa pertama berusia 17 tahun ditemui kira-kira 10 jam kemudian sejauh 14 kilometer daripada lokasi dia dilaporkan hanyut manakala mayat mangsa kedua yang berusia 7 tahun pula ditemui pada 11.30 pagi di hari berikutnya.

Detik-detik tragedi ngeri itu sempat dirakam menggunakan kamera dron di lokasi kejadian. Dalam rakaman tersebut, kelihatan para pengunjung tidak menyedari yang bahaya sedang menanti sebelum secara tiba-tiba arus besar datang dan menghanyutkan sebahagian daripada mereka.

Advertisement

Malah, seorang individu dilihat terperangkap di atas batu ketika arus semakin ganas, namun nasibnya tidak dapat dipastikan setakat ini.

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel