Connect with us

Global

Kanak-Kanak Tidak Mahu Buka Pelitup Muka Kerana Taat Cakap Ibu Buat Ramai Kagum

Pada norma baharu ini, memakai pelitup muka menjadi perkara yang wajib bagi melindungi diri dari wabak Covid-19 yang melanda dunia.Nmaun begitu, kita masih diberi kelonggaran untuk membuka pelitup muka dalam beberapa keadaan seperti makan, minum dan menangkap gambar.

Tapi berbeza dengan kanak-kanak yang berasal dari Las Vegas ini. Kanak-kanak ini menjadi tular di media sosial baru-baru ini kerana enggan membuka pelitup mukanya semasa sesi mengambil gambar. Gambar kanak-kanak tersebut dimuat naik di Facebook oleh ibunya sehingga meraih 23 ribu sukaan.

Menurut hantaran tersebut, kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Mason ini dikatakan tidak mahu membuka pelitup mukanya kerana menuruti pesanan sang ibu.

“Ibu saya pesan agar memakai pelitup muka sepanjang masa kecuali waktu makan atau berada jauh dari semua orang”

Advertisement

“Saya selalu dengar cakap ibu saya,” kata Mason kepada jurugambar, memetik hantaran ibunya, Nicole.

Nicole berasa bangga dengan Mason yang mematuhi janji untuk tidak melepaskan pelitup mukanya. Pun begitu, kata Nicole, dia akan menerangkan dengan lebih jelas peraturan tersebut agar Mason lebih memahaminya.

Nicole berkata kepada CNN, dia telah kehilangan datuknya akibat jangkitan virus COVID-19, Januari lalu. Pemergian datuk Nicole sedikit sebanyak telah memberi impak kepada Mason. Kehilangan inilah yang menguatkan keinginan Mason untuk memakai pelitup muka agar dia dapat melindungi dirinya dan orang sekeliling.

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel