Connect with us

Hiburan

Lelaki Dulu Slim, Kejar View Mukbang Terlantar Sekarang Obesiti Selepas 5 Tahun

Salah seorang Youtuber mukbang yang agak popular, Nikovado Avocado di mana namanya mula naik sejak tahun 2016. Apabila sedar videonya mendapat sambungan hangat, hampir setiap hari dia memuat naik video mukbang terbaru selain terus mengumpul jutaan pengikut. Pun begitu, saban tahun saiz badannya semakin membesar sekali gus disahkan obesiti dengan berat ratusan kilogram.

Lebih mengejutkan, suatu ketika dahulu Niko merupakan seorang vegeterian iaitu seseorang yang hanya makan sayur dan menolak pengambilan daging sepenuhnya. Namun demi mengejar keuntungan melalui video mukbang, kesihatannya terus ditolak tepi tanpa menyedari akhirnya memakan diri sendiri. Malah baru-baru ini, dia mempunyai masalah tulang rusuk hingga hanya mampu terlantar di atas katil dengan alat bantuan pernafasan.

@publictok🥲#publictok #fyp #nikocadoavocado♬ Habits Slowed – hello man

Namun dia masih belum serik dan meneruskan kerja makan-makan itu seperti biasa. Sebelum ini melalui portal Insider, lelaki 28 tahun berkenaan mengakui mempunyai masalah depresi sejak kecil membuatkan dia dahagakan perhatian dan ingin dipandang orang sebagai spotlight utama.

@waterweight4#nikocadoavocado♬ School Rooftop – Hisohkah

Advertisement

“Saya keluar masuk pusat terapi sejak umur 5 tahun. Makan ubat antidepress dari umur 7 tahun. Saya cuma nakkan perhatian. Saya ni macam ikan kecil di tengah laut. Lantaklah. Semua pun memang dah benci saya. Saya ambil kamera rakam jela.”

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel