Connect with us

Hiburan

Ayda Pilih Nama Ana Nayla Untuk Cahaya Mata Sulungnya

Penyanyi dan pelakon, Aida Jebat berkongsi nama anak dan mendedahkan wajah anak perempuannya kepada orang ramai selepas genap seminggu kelahiran cahaya matanya itu.

Nur Shuhada Jebat atau lebih dikenal sebagai Ayda memilih nama Ana Nayla untuk bayi tersebut melalui perkongsian satu video pendek di laman Instagram yang memaparkan wajah anaknya.

“Assalamualaikum uncle and aunty! Sepatutnya keluar harini tapi tak sabar nak jumpa uncle aunty hihi! Doakan Ana Nayla supaya sentiasa, selamat, disayangi dan menjadi anak yang baik ya,” tulis kapsyen posting berkenaan.

Malah, penyanyi lagu Pencuri Hati itu dan suaminya yang juga pengacara, Nabil Mahir turut membuka akaun Instagram untuk anak mereka @ananaylaofficial yang kini mencecah lebih 15,000 pengikut.

Advertisement

Rata-rata pengikutnya terpegun melihat kecomelan wajah Ana Nayla selain mendoakan  zuriat pasangan itu menjadi anak solehah untuk kedua ibu bapa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel