Connect with us

Viral

Isteri Kantoi Curang Masa Suami Pergi Berniaga

Baru-baru ini, satu video telah tular di aplikasi Tiktok yang memaparkan seorang lelaki kehilangan kata-kata setelah mendakwa ternampak isterinya bersama seorang individu lain dirumah mereka di Jalan Bukit Katil, Melaka.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok @deejayfaz_official3 memaparkan lelaki terbabit mendakwa dia tertinggal barang dan berpatah balik semula ke rumah sebelum ternampak kejadian yang tidak diingini itu.

Rakaman berdurasi 44 saat itu turut kedengaran suaranya tercungap-cungap menahan marah yang berada di luar pagar rumah selain bertanya kepada isterinya jika wanita berkenaan melakukan hubungan mesra dengan orang lain.

“Saya tertinggal barang, saya patah balik. Macam ni Ya Allah Ya Tuhanku! Saya cari duit bang, macam ni dia balas. Pukul 3-4 pagi baru saya tidur. Allahuakbar,” luahnya kepada seorang lagi individu dipercayai jiran terdekat.

Advertisement

Menerusi laman Facebook pula, akaun Puteri 3036 berkongsi video penuh dan salinan laporan polis dipercayai berhubung kejadian terbabit sehingga mendapat perkongsian sebanyak 737 kali.

Baca: ‘Allah Gerakkan Hati Dia Patah Balik, Nak Tunjuk Kecurangan Isteri & Khianat Seorang Kawan’

Berdasarkan salinan laporan polis yang tular, lelaki tersebut bertindak ‘menyerang’ skandal isterinya kerana geram dengan kecurangan yang berlaku selama ini sebelum ‘orang ketiga’ itu dibawa ke balai polis.

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel