Connect with us

Kemalangan

Niat Mahu Bantu Mangsa Kemalangan, Wanita Maut Dirempuh ‘King Highway’

Seorang wanita bersama seorang lelaki dirempuh oleh sebuah kereta di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) malam tadi. Apa kes ni?

Menurut laporan Harian Metro, wanita berkenaan bersama seorang lagi lelaki itu pada awalnya ingin membantu mangsa kemalangan disana, kemudian bertukar tragedi apabila dia dirempuh sebuah Perodua Myvi dan menyebabkan maut.

Siasatan awal mendapati terdapat sebuah Proton Saga yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di tempat kejadian.

Kemudian, wanita berkenaan yang memandu kereta jenis Nissan Almera berhenti untuk memberikan bantuan dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salle

Advertisement

“Tiba-tiba datang Perodua Myvi berwarna unggu yang dipandu seorang lelaki merempuh kedua-dua mangsa yang sedang memberikan bantuan sehingga menyebabkan wanita itu maut di lokasi sementara seorang lelaki parah sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.”

Sarifudin berkata, orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dan mementingkan keselamatan diri ketika memberi bantuan kepada mangsa yang terbabit dengan kemalangan jalan raya terutamanya di kawasan yang berselekoh dan dalam keadaan yang gelap.

“Tidak digalakkan juga untuk berhenti di kawasan kemalangan terlalu ramai bagi mengelakkan kesesakan dan ini akan menyebabkan kelewatan untuk pasukan keselamatan memberikan bantuan kepada mangsa,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel