Connect with us

Hiburan

Isu Video Parodi, Danial Zaini Enggan Minta Maaf, Cabar Iqbal Kahwini DSV Dulu

Pelawak dan pengacara, Danial Zaini menegaskan dia tidak akan memohon maaf selagi usahawan muda Ahmad Iqbal Zulkefli dapat membuktikan akan berkahwin dengan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV).

Menurut laporan mStar Online, pelawak berusia 28 tahun itu berkata demikian selepas Iqbal meluahkan rasa kecewa apabila kisah cintanya dijadikan sebagai video parodi di program MeleTOP baru-baru ini.

“Saya hanya akan mohon maaf kepada Iqbal selepas dia buktikan apa yang dia buat itu bukan semata-mata content untuk marketing busines dia.”

“Kalau betul dia kahwin dengan DSV, barulah saya akan minta maaf. Sebab saya rasa seluruh rakyat Malaysia tahu yang kisah mereka ini hanya untuk content saja.”

“Tak perlulah berlakon… sudah-sudah la tu. Kita hidup di zaman 2021, jadi jangan anggap semua orang tak tahu,” katanya.

Sebelum ini, Iqbal yang juga bekas pembantu peribadi DSV mengakui kontroversinya membuatkan segelintir pihak mengambil kesempatan menghasilkan pelbagai konten jenaka di media sosial sehingga mengguris hatinya.

Bagaimanapun, Danial berkata dia hanya menggalas tanggungjawab bagi menghasillkan video parodi itu bersama Catriona Ross dan Jihan Muse, malah tidak menyebut nama mana-mana individu.

Advertisement

“Dalam parodi itu kami tidak menyebut nama mana-mana individu dan jalan cerita pun berbeza. Tapi kalau dia terasa, itu terpulang kepada dia.

“Apa yang saya dan rakan lain buat hanya jalankan kerja sebagai pelakon sahaja,” ujarnya.

Sumber: mStar Online (Nur Asyikin Mayudin)

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel