Connect with us

Hiburan

Netizen Soal Ambil Vaksin Atau Tidak? ‘Kami Pilih Cara Lain, Mungkin Pemakanan Sunnah’ – Suhaimi Saad

Bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok, tampil menjawab persoalan yang diajukan oleh netizen mengenai pengambilan vaksin.

Ujar pemilik nama Mohd Suhaimi bin Saad, dia dan isterinya memilih alternatif yang lain sebagai ‘pelindung diri’ daripada terkena jangkitan Covid-19 termasuklah mengamalkan pemakanan sunah, homopati dan melakukan rawatan-rawatan yang lain.

“Sebenarnya soalan ini agak kelakar, sebab boleh dikatakan satu malaya dah tahu kan. SS ini dilabelkan sebagai anti vaksin walaupun sebenarnya kitaorang tak anti pun. Cuma kitaorang tidak memilih cara atau ikhtiar itu kitaorang pilih cara lain mungkin pemakanan sunah homopati dan rawatan-rawatan alternatif yang lain.”

Mengulas lebih lanjut, suami kepada Ina Naim turut menjelaskan setakat ini mereka masih belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dan tidak mempunyai niat untuk mendapatkannya.

Advertisement

“So setakat ini, belum lagi InsyaAllah tak ada niat untuk ambil vaksin. Wallahualam semunya kita serahkan kepada Allah S.W.T. kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar mudah-mudahan Allah telah tetapkan satu ketetapan ataupun takdir yang terbaik untuk kita sama ada ambil vaksin ataupun tak ambil vaksin.”

Terdahulu, Suhaimi Saad menceritakan akaun Instagramnya (IG) telah disekat selama 30 hari berikutan aktif berkongsi mengenai isu vaksin dan kerajaan.

Video penuh:

@mosusofficialReply to @leecooper36 #ambil #vaksin tak?♬ original sound – Suhaimi Saad

Jawapan SS

Sumber: Suhaimi Saad

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel