Connect with us

Terkini

Netizen Tampilkan Bukti, Dakwa Video Lucah Didakwa Milik Ebit Lew Adalah Deepfake

Sebelum ini kecoh mengenai penyebaran video lucah yang didakwa melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) sehingga menjadi perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Terbaharu, seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Aziz Ramli mendedahkan, beliau telah mengkaji video tersebut dan yakin bahawa video lucah berkenaan adalah palsu dan telah direka atau deepfake.

“Assalamualaikum semua. Maafkan saya tak ada niat nak huru hara keadaan. Saya tengok begitu ramai dalam group ni yang percaya akan video tak senonoh yang libatkan Ustaz Ebit.

“Kalian tahu tak, sebelum kalian ikuti perkembangan mangsa, mesej-mesej lucah, angkat sumpah keluarga mangsa dan lain-lain. Kalian selidik betul-betul dulu video lucah tu. Saya jamin dan yakin 100% video itu adalah video palsu dan fitnah semata-mata,” katanya.

Advertisement

Bukti video lucah Ebit Lew adalah deepfake

Malah, individu tersebut juga turut meminta pertolongan rakannya yang lebih arif dalam dunia penyuntingan untuk meneliti video tersebut.

“Saya juga ada hubungi rakan saya dari Pakistan, yang ada pengajian tinggi dalam bidang video editing. Beliau sendiri kata video tu lebih kepada video yang guna deepfake. Kenapa deepfake? Rujuk gambar2 di bawah. Ini bukan tokok tambah daripada saya, ini adalah usaha yang dilakukan dgn menggunakan akal fikiran yang Allah bagi kepada saya,”jelasnya.

Menurutnya, sebelum ini fasilitator dan penganalisis jenayah di Malaysia, Kamal Affendi dalam satu sesi temu bualnya juga tidak menyebut bahawa video kontroversi itu adalah palsu atau deepfake.

Apapun, tindakan ini harus dipuji namun, biarlah pihak berkuasa menjalankan sisatan bagi menentukan kesahihan dan ketulenan video berkenaan.

Sumber: XTRA

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel