Connect with us

Global

“Saya Datang Kerana Menghargai Mereka Sebagai Rakan,” – Wanita Hadir Perkahwinan Bekas Kekasih Dengan Rakan Baik Sendiri

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menjadi tular kerana menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasih dengan rakan baiknya sendiri, lapor portal berita Wolipop semalam.

Dalam satu video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @deawidya96, wanita bernama Dea Widya itu kelihatan menyapa dan mengucup pipi pengantin perempuan.

“Ketika bekas kekasih berkahwin dengan sahabat baik saya,” tulis Dea pada keterangan video tersebut.

Menurut Dea, dia dijemput ke majlis itu oleh pengantin perempuan sendiri.

Advertisement

“Reaksinya (pengantin lelaki) biasa sahaja. Ini kerana yang menjemput saya ialah rakan saya sendiri.

“Saya datang kerana menghargai mereka sebagai rakan,” ujarnya.

Video tersebut menerima lebih daripada 2.9 juta tontonan dengan ramai netizen memberikan kata-kata semangat buat Dea.

“Sabar ya. Nanti Allah akan gantikan dengan lelaki yang lebih baik,” kata seorang pengguna.

“Bekas kekasihnya terlopong melihat penampilan bekas teman wanitanya. Dalam hati lelaki itu pasti dia berkata bahawa bekas teman wanitanya memang cantik kalau benar-benar bersolek,” tulis seorang lagi. – Agensi

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel