Connect with us

Global

(Video) Angkara Pendahulu Perlumbaan Tersilap Laluan, Rezeki Pelari Ini Menang Marathon

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu.

Itulah perumpamaan yang sesuai digambarkan bagi seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) selepas berjaya memenangi sebuah acara marathon gara-gara dua pendahulu perlumbaan itu tersilap laluan.

Lelaki berkenaan, Tyler Pence menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 2 jam, 15 minit dan 6 saat malahan turut menjadi pelari AS pertama memenangi acara Quad Cities Marathon sejak 2001.

Dua pelari Kenya, Elijah Mwangangi Saolo dan Luke Kibet pada awalnya mendahului perlumbaan tersebut sebelum pemandu arah melakukan kesilapan membawa mereka ke laluan lain.

Advertisement

Pengarah perlumbaan, Joe Moreno mengesahkan kejadian itu tetapi menegaskan dua pelari berkenaan tidak sepatutnya mengikut pemandu arah itu.

“Lokasi di mana insiden tersebut berlaku, laluan itu sudah ditanda dengan baik.

“Papan tanda juga dipamerkan dengan baik. Sukarelawan turut berada situ. Mereka juga menghadiri mesyuarat sehari sebelum perlumbaan bagi mengenali lebih mendalam tentang laluan perlumbaan,” ujar Moreno.

Tambah beliau, pihaknya bagaimanapun sedang pertimbangkan cara untuk memberi ganti rugi kepada Saolo dan Kibet.

Saolo yang merupakan cucu kepada pelari terkemuka Kenya, Joseph Nzau hampir mencatatkan rekod peribadinya pada perlumbaan itu sebelum insiden berkenaan berlaku. — Agensi

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel